Sunday, June 13, 2010
Kemanakah Arah tujuanku
Di sana ku termanggu bersendirian, memikirkan akan perjalaanan hidup ini. Sukarnya penuh onak dan duri, namun ku yakini mengandungi hikmah tersembunyi, kulihat kebahagiaan ada bersama mereka yang lain mengapa begiu sukar untuk menjadi milik diri ini. Apakah maharnya bagi memilik selendang bahagia ini agar ia dapat dikalungkan pada diri. Kucuba untuk tidak terlalu memikirkan akan perkara ini tetapi ketika bersendiri fikiran ini tetap menjelma lagi. Sukar untuk ku melarikan diri kerana bahagia itu ada disana sini tak mungkin dan tidak lelah utk menghilangkan diri. Ku katakan ku mahu mengenggam segulung kejayaan, tapi tanpa usaha gigih dan berterusan adakah perkara ini mungkin terjadi, ku tidak dapat menerima kekalahan namun adakah ini yang telah ditakdirkan, adakah ada ketikanya kita terpaksa mengalah dan menerima bahawa kita telah tewas, dalam setiap pertarungan dan pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang kalah mungkinkah tiba waktu bagi daku menerimanya sebagai satu daripada lumrah hidup..Nah apa lagi yg ingin kukatakan sudah kuluahkan apa yang terbenak dalam jiwa ini, acap kali perkara ini selalu kuulangi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment